Suasana yang tenang, udara yang nyaman lagi dikelilingi hijauan asli yang sesungguhnya memberikan suatu nikmat yang tak terkata jika dibandingkan dengan kesibukan di kota Kuala Lumpur...jerebu, asap... :)
Mungkin kerana usia yang makin meningkat, kesedaran tentang hakikat 'kampung' itu semakin ketara. Kalau dahulunya, balik kampung hanya kerana disuruh oleh orang tua, tetapi kini makna balik kampung itu lebih bermakna dengan adanya pertemuan dikalangan saudara mara, terutamanya pertemuan yang sangat bermakna dengan nenda (atuk & nenek) yang tersayang.
Apabila kita terlalu lama bertamadun di bandar, adakalanya perlu juga kembali kepada asas ketamadunan dan kenali asal tamadun itu. Tamadun minda tidak bermaksud seseorang itu juga bertamadun dari segi perwatakan, personaliti dan tata kelakuan sebagai seorang yang dikatakan bertamadun pada asasnya.
Sebagai seorang Ibu, harapan saya agar dapat anak- anak di zaman 'post modern' dan generasi seterusnya dapat mengekalkan sifat-sifat ketamadunan manusia, aslinya lahir dari kampung...kot... Kadang-kadang ketakutan Ibu bapa tentang, akan hilang secara keseluruhan ciri-ciri kesopanan anak-anak muda dari semua sudut...sangat membimbangkan...
Sesungguhnya kita tahu memang ada jalan penyelesaian untuk kebingungan ini, Jawapan kepada semua aktiviti yang songsang dan keruntuhan moral hari ini sesungguhnya tertegak kepada 1 tiang, kita TAHU, tetapi... adakah kita benar-benar sedar & yakin?
Bak kata Nabil "LU PIKIRLAH SENDIRI" - :p
Dalam kata ringkasnya...sama-sama lah kita mengubah nasib kita, agar anak-anak kita tak mengulangi kesilapan yang sama di masa hadapan...
"Kesilapan yang dilakukan dalam hidup, akan lebih banyak mengajar seseorang itu untuk lebih memahami dan menghargai erti kehidupan."
Song : Choux Pastry Heart - Corrine Bailey Rae